kursus

KURSUS 1

Pembangunan Permainan Mudah Alih

Kursus Pembangunan Aplikasi Mudahalih Untuk Komuniti ini menggunakan perisian MIT App Inventor. Modul Pembelajaran MIT App Inventor peringkat asas dan pertengahan bagi pelajar ini dihasilkan bagi kegunaan pelajar-pelajar yang mengikuti sesi latihan MIT App Inventor bagi membantu mereka memahami dengan lebih jelas mengenai kaedah penggunaan MIT App Inventor untuk membina aplikasi mudah alih bagi komuniti.

MIT App Inventor merupakan aplikasi sumber terbuka berasaskan web iaitu (open source) yang dhasilkan oleh Google dan pada masakini diselenggara oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT). Tujuan awal penghasilannya adalah untuk membolehkan mereka yang tidak mengetahui kaedah menghasilkan kod pengaturcaraan untuk belajar algoritma pemprograman dan pemprograman dengan lebih mendalam

Kursus 2

Little Data Scientist

Big Data adalah antara trend terkini yang memberi kesan kepada industri pekerjaan global pada masa kini. Di dalam kursus ini, peserta akan didedahkan dengan skil pengurusan data, mengenalpasti serta menganalisa data dengan betul serta membangunkan ‘Dashboard’ untuk visualisasi data. Kursus ini membantu pelajar memaparkan data kajian yang telah mereka laksanakan dengan paparan yang lebih menarik dan interaktif.

KURSUS 3

Usahawan Digital

Kursus Usahawan Digital untuk pelajar memfokuskan kepada peluang untuk belajar perniagaan digital secara percuma. Antara aplikasi yang digunakan semasa sesi pembelajaran ialah Canva, Instagram, Facebook dan juga Whatapp Business. Ia bertujuan untuk menerapkan nilai keusahawanan digital dan pengetahuan kepada pelajar untuk pemasaran produk dan penjanaan pendapatan. Kursus ini akan dijalankan dengan kaedah pembelajaran dalam talian yang interaktif serta penyampaian kandungan kursus secara santai dan bersahaja. Di akhir kursus, para peserta akan diminta untuk menyediakan bahan pemasaran digital untuk menjual produk mereka sendiri dalam platform media sosial.

Kursus 4

Infografik & Videografik

Kursus Pembangunan Infografik dan Videografik ini akan menggunakan aplikasi Canva dan Powtoon. Ia bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari elemen penting dalam menghasilkan infografik dan videografik. Selain daripada itu, pelajar akan didedahkan tentang kaedah membangunkan poster infografik, bahan pembentangan interaktif, video animasi dan videografik dalam melaksanakan sesuatu program, kempen atau advokasi. Kursus ini akan dijalankan dengan kaedah pembelajaran dalam kumpulan secara ‘bootcamp’ yang interaktif serta penyampaian kandungan kursus secara santai dan bersahaja. Di akhir kursus, para peserta akan diminta untuk menyediakan bahan kempen untuk komuniti dengan menerapkan beberapa elemen seni visual berbentuk imej dan video animasi menarik untuk menjayakan kempen dalam platform media sosial.