Kursus Aplikasi Pengajaran Interaktif Dalam Talian di ajar menggunakan aplikasi Canva, Xmind, Mentimeter, Kahoot, Quiziz dan Padlet. Kursus ini dapat membantu guru dengan memfokuskan kepada teknologi ICT yang boleh digunakan untuk meningkatkan interaksi antara pelajar dan guru semasa pengajaran dalam talian. Ini bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti kelas dalam talian. Fokus pelajar dalam pelajar juga dapat ditingkatkan dan ini dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar tentang isi pelajar yang cuba guru sampaikan. Kursus ini akan dijalankan dengan kaedah pembelajaran dalam talian yang interaktif. Di akhir kursus, para peserta akan diminta untuk menyediakan bahan pengajaran berasaskan ICT yang interaktif dan menarik.